Wisdom...

Knowing is not enough; we must apply.
Willing is not enough; we must do

Sunday, August 12, 2012

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT KELAB/PERSATUAN/UNIT BERUNIFORM


1.Guru Penasihat setiap unit adalah bertanggungjawab akan semua peraturan,latihan,ujian dan kemajuan unitnya.

2.Guru Penasihat bertanggungjawab menguruskan pemilihan anggota pasukan daripada pelajar baru setiap tahun sebagai tambahan kepada pasukannya.Satu daftar keahlian hendaklah di simpan sebagai rekod.

3.Menguruskan yuran pendaftaran bagi unit beruniform hendaklah di lakukan pada awal tahun.

4.Guru Penasihat bertanggungjawab menguruskan latihan pasukannya pada hari yang ditetapkan.Pengecualian daripada melaksanakan latihan pada hari yang ditetapkan tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran khas daripada Guru Besar.Latihan tambahan pada hari lain boleh diadakan dengan mendapat kebenaran daripada Guru Besar.

5.Guru Penasihat bertanggungjawab menyimpan fail-fail dan lain-lain butiran dan maklumat dan sebagainya berkaitan dengan pertubuhan berkenaan dan satu salinan laporan aktiviti hendaklah dihantar ke pejabat untuk fail sekolah.

6.Menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi unit masing-masing.

7.Mengenal pasti murid yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai pemimpin atau wakil sekolah.


















No comments:

Post a Comment