Wisdom...

Knowing is not enough; we must apply.
Willing is not enough; we must do

Thursday, August 9, 2012





 UNIT KOKURIKULUM 2012
SK PEKAN NANAS,PONTIAN JOHOR.



PENDAHULUAN

Aktiviti Kokurikulum Sk Pekan Nanas adalah satu daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang dapat melahirkan individu yang berketrampilan dalam semua aspek.Atas dasar inilah,maka pengurusan kokurikulum SK Pekan Nanas telah merangka pelbagai aktiviti bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pengurusan Kokurikulum ini dibahagikan kepada 5 pecahan utama,iaitu Unit Beruniform,Persatuan dan Kelab,Kelab sukan dan Permainan,Rumah Sukan dan juga Permainan MSSD.Selain itu juga,pihak sekolah terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh PPD,JPNJ sebagai Jawatan kuasa Program.

Aktiviti-aktiviti yang telah di rancangkan diharap akan dapat menjadi satu kayu ukur untuk setiap murid di sekolah ini mengembangkan lagi bakat dan minat mereka di peringkat sekolah,daerah,negeri mahupun kebangsaan.


No comments:

Post a Comment