Wisdom...

Knowing is not enough; we must apply.
Willing is not enough; we must do

Sunday, August 12, 2012

PERATURAN MENGURUSKAN AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUN 2012


PERATURAN MENGURUSKAN AKTIVITI  KOKURIKULUM

1.Penyertaan semua guru / guru penasihat adalah dimestikan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum sekolah.(SPI bil.11985.KP(BS)8591JLD.11(29) bertarikh 2 Januari 1985.)

2.Guru-guru penasihat dikehendaki menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan pada setiap perjumpaan.

3.Semua guru Penasihat hendaklah mematuhi waktu yang telah ditetapkan:

MASA
120 minit seminggu (tahun 4,5 & 6) = 8 jam

4.Semua ahli unit beruniform hendaklah digalakkan memakai uniform atau kemeja T unit yang disertai setiap kali menyertai aktiviti atau menghadiri perjumpaan.

5.Guru-guru penasihat mesti mengambil kedatangan ahli-ahli dan menandatangani Kad Kokurikulum ahli.

6.Sekiranya kedatangan ahli-ahli tidak memuaskan,semua Guru Penasihat yang terlibat mesti mengambil tindakan yang sewajarnya dan hendaklah dimaklumkan kepada Penyelaras/Setiausaha Kokurikulum/Guru Penolong Kanan Kokurikulum/Guru Besar untuk tindakan selanjutnya.

7.Sekiranya berlaku kemalangan dalam masa aktiviti di jalankan,langkah-langkah bantuan awal hendaklah dilaksanakan dengan serta merta dan melaporkan kepada Penyelaras/GPK Kokurikulum/Guru Besar dengan kadar segera.

8.Utamakan keselamatan pada setiap masa.

9.Semua aktiviti mesti ditulis dalam buku Pengurusan dan Pentadbiran Kokurikulum.

10.Buku Pengurusan dan Pentadbiran Kokurikulum mesti di serahkan kepada GPK Kokurikulum selewat-lewatnya pada hari Isnin minggu berikutnya.Buku ini mesti sentiasa disimpan di dalam bilik GPK Kokurikulum.

11.Setiap kejayaan dalam pertandingan pada peringkat Zon/MSSD/MSSJ mesti di laporkan kepada GPK Kokurikulum dan di catatkan di dalam Kad Kokurikulum ahli dan di dalam buku Pengurusan dan Pentadbiran Kokurikulum.

No comments:

Post a Comment