Wisdom...

Knowing is not enough; we must apply.
Willing is not enough; we must do

Sunday, August 12, 2012

PERATURAN-PERATURAN KOKURIKULUM



 GERAK KERJA KOKURIKULUM

1.Pastikan kegiatan dijalankan dengan penuh minat dan mencapai tahap kemajuan/prestasi yang membanggakan.

2.Semua guru WAJIB hadir dan bertanggungjawab menyediakan/membuat laporan kegiatan yang dijalankan.

3.Semua guru penyelaras kegiatan kokurikulum sekolah mesti mematuhi semua peraturan dan undang-undang pengurusan aktiviti kokurikulum sekolah.

4.Semua guru penasihat mesti menyediakan Pelan Induk Rancangan Tahunan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum pada peringkat sekolah dengan merujuk Takwim Kokurikulum Tahunan.

5.Penolong Kanan Kokurikulum dan Penyelaras-Penyelaras Unit Beruniform,Persatuan/Kelab dan Sukan /Permainan mesti berada di sekolah untuk menyelia,memantau pengurusan dan aktiviti kokurikulum sepanjang waktu kokurikulum.

6.Semua guru penasihat diwajibkan melengkapkan Buku Persediaan Pengurusan Kokurikulum Mingguan dan di hantar kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk semakan dan pengesahan.

7.Kehadiran murid dalam setiap aktiviti Kokurikulum mesti direkod oleh guru-guru penasihat.Setiap kes ketidakhadiran murid dalam aktiviti Kokurikulum mesti diambil tindakan.

8.Ibu bapa/Penjaga murid mesti dihubungi untuk mendapat kebenaran secara bertulis jika ada murid yang terpilih untuk menghadiri aktiviti kokurikulum di luar kawasan/peringkat sekolah.

9.Pengurusan masa untuk kegiatan kokurikulum seperti dalam Warta Kerajaan No.5652 Jil 11/Bil.27 bertarikh 28 Disember 1967 adalah seperti berikut:

Sekolah Rendah – Tahun 4,5 dan 6 – 120 minit seminggu ( 8 jam sebulan)

10.Aktiviti – aktiviti Kokurikulum perlulah dilaksanakan secara berterusan bagi mengiktiraf bidang kokurikulum sebagai satu disiplin pendidikan yang menyumbang terus kepada proses pembangunan kemanusiaan.


No comments:

Post a Comment