Wisdom...

Knowing is not enough; we must apply.
Willing is not enough; we must do

Sunday, August 12, 2012

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB SETIAUSAHA KOKURIKULUM



1.Mengatur rancangan/jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD,JPN dan KPM sepanjang tahun.

2.Membahagikan murid mengikut Unit Beruniform,Kelab/Persatuan dan Sukan/Kelab Permainan.

3.Membantu Guru Besar dan GPK Kokurikulum menetapkan ketua guru penasihat bagi setiap unit .

4.Menyelaraskan kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah supaya sesuai dengan hari,masa dan tempat.

5.Menentukan tempat dan keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah,daerah dan negeri.

6.Mengatur rancangan lengkap untuk program utama kelab dan persatuan seperti Hari Kokurikulum,Perkhemahan Unit Beruniform dan sebagainya.

7.Membantu menyediakan anggaran perbelanjaan aktiviti kelab dan persatuan untuk tahun berkenaan.

8.Membantu dan menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan koakademik dan badan beruniform yang dianjurkan oleh sekolah.

9.Mengawal dan menjaga alat kelab/persatuan /badan beruniform dengan keadaan yang baik.

10.Mengemaskini buku stok kelab/persatuan/badan beruniform.

11.Mengatur guru pengiring,pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu.

12.Membantu GPK Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum sekolah.

13.Memastikan segala aktiviti kokurikulum direkod.

14.Memastikan maklumat penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah,daerah,negeri direkod.

15.Mencadangkan peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah mengikut keutamaan.

16.Menjadi setiausaha bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan kokurikulum.

17.Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment