PERATURAN MENGURUSKAN
AKTIVITI KOKURIKULUM
1.Penyertaan semua guru
/ guru penasihat adalah dimestikan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan
gerak kerja kokurikulum sekolah.(SPI
bil.11985.KP(BS)8591JLD.11(29) bertarikh 2 Januari 1985.)
2.Guru-guru penasihat
dikehendaki menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan pada setiap
perjumpaan.
3.Semua guru Penasihat
hendaklah mematuhi waktu yang telah ditetapkan:
MASA
|
120 minit seminggu
(tahun 4,5 & 6) = 8 jam
|
4.Semua ahli unit
beruniform hendaklah digalakkan memakai uniform atau kemeja T unit yang
disertai setiap kali menyertai aktiviti atau menghadiri perjumpaan.
5.Guru-guru penasihat
mesti mengambil kedatangan ahli-ahli dan menandatangani Kad Kokurikulum ahli.
6.Sekiranya kedatangan
ahli-ahli tidak memuaskan,semua Guru Penasihat yang terlibat mesti mengambil
tindakan yang sewajarnya dan hendaklah dimaklumkan kepada Penyelaras/Setiausaha
Kokurikulum/Guru Penolong Kanan Kokurikulum/Guru Besar untuk tindakan
selanjutnya.
7.Sekiranya berlaku
kemalangan dalam masa aktiviti di jalankan,langkah-langkah bantuan awal
hendaklah dilaksanakan dengan serta merta dan melaporkan kepada Penyelaras/GPK
Kokurikulum/Guru Besar dengan kadar segera.
8.Utamakan keselamatan
pada setiap masa.
9.Semua aktiviti mesti
ditulis dalam buku Pengurusan dan Pentadbiran Kokurikulum.
10.Buku Pengurusan dan
Pentadbiran Kokurikulum mesti di serahkan kepada GPK Kokurikulum
selewat-lewatnya pada hari Isnin minggu berikutnya.Buku ini mesti sentiasa
disimpan di dalam bilik GPK Kokurikulum.
11.Setiap kejayaan
dalam pertandingan pada peringkat Zon/MSSD/MSSJ mesti di laporkan kepada GPK
Kokurikulum dan di catatkan di dalam Kad Kokurikulum ahli dan di dalam buku
Pengurusan dan Pentadbiran Kokurikulum.
No comments:
Post a Comment