GERAK KERJA KOKURIKULUM
1.Pastikan kegiatan
dijalankan dengan penuh minat dan mencapai tahap kemajuan/prestasi yang
membanggakan.
2.Semua guru WAJIB hadir dan bertanggungjawab
menyediakan/membuat laporan kegiatan yang dijalankan.
3.Semua guru penyelaras
kegiatan kokurikulum sekolah mesti mematuhi semua peraturan dan undang-undang
pengurusan aktiviti kokurikulum sekolah.
4.Semua guru penasihat
mesti menyediakan Pelan Induk Rancangan Tahunan pelaksanaan aktiviti-aktiviti
kokurikulum pada peringkat sekolah dengan merujuk Takwim Kokurikulum Tahunan.
5.Penolong Kanan
Kokurikulum dan Penyelaras-Penyelaras Unit Beruniform,Persatuan/Kelab dan Sukan
/Permainan mesti berada di sekolah untuk menyelia,memantau pengurusan dan
aktiviti kokurikulum sepanjang waktu kokurikulum.
6.Semua guru penasihat
diwajibkan melengkapkan Buku Persediaan Pengurusan Kokurikulum Mingguan dan di
hantar kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk semakan dan pengesahan.
7.Kehadiran murid dalam
setiap aktiviti Kokurikulum mesti direkod oleh guru-guru penasihat.Setiap kes
ketidakhadiran murid dalam aktiviti Kokurikulum mesti diambil tindakan.
8.Ibu bapa/Penjaga
murid mesti dihubungi untuk mendapat kebenaran secara bertulis jika ada murid
yang terpilih untuk menghadiri aktiviti kokurikulum di luar kawasan/peringkat
sekolah.
9.Pengurusan masa untuk
kegiatan kokurikulum seperti dalam Warta Kerajaan No.5652 Jil 11/Bil.27
bertarikh 28 Disember 1967 adalah seperti berikut:
Sekolah Rendah – Tahun
4,5 dan 6 – 120 minit seminggu ( 8 jam sebulan)
10.Aktiviti – aktiviti
Kokurikulum perlulah dilaksanakan secara berterusan bagi mengiktiraf bidang
kokurikulum sebagai satu disiplin pendidikan yang menyumbang terus kepada
proses pembangunan kemanusiaan.
No comments:
Post a Comment