1.Mengatur
rancangan/jadual sekolah yang sesuai dengan rancangan PPD,JPN dan KPM sepanjang
tahun.
2.Membahagikan murid
mengikut Unit Beruniform,Kelab/Persatuan dan Sukan/Kelab Permainan.
3.Membantu Guru Besar
dan GPK Kokurikulum menetapkan ketua guru penasihat bagi setiap unit .
4.Menyelaraskan
kegiatan latihan dan pertandingan antara kelab/persatuan dan sekolah supaya
sesuai dengan hari,masa dan tempat.
5.Menentukan tempat dan
keperluan untuk acara-acara anjuran sekolah,daerah dan negeri.
6.Mengatur rancangan
lengkap untuk program utama kelab dan persatuan seperti Hari
Kokurikulum,Perkhemahan Unit Beruniform dan sebagainya.
7.Membantu menyediakan
anggaran perbelanjaan aktiviti kelab dan persatuan untuk tahun berkenaan.
8.Membantu dan
menyelaras penyertaan sekolah dalam kegiatan-kegiatan koakademik dan badan
beruniform yang dianjurkan oleh sekolah.
9.Mengawal dan menjaga
alat kelab/persatuan /badan beruniform dengan keadaan yang baik.
10.Mengemaskini buku
stok kelab/persatuan/badan beruniform.
11.Mengatur guru
pengiring,pengangkutan dan kenaikan untuk pasukan sekolah sekiranya perlu.
12.Membantu GPK
Kokurikulum memantau perjalanan aktiviti kokurikulum sekolah.
13.Memastikan segala
aktiviti kokurikulum direkod.
14.Memastikan maklumat
penyertaan murid dalam aktiviti anjuran sekolah,daerah,negeri direkod.
15.Mencadangkan
peralatan-peralatan dan kemudahan-kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki
oleh sekolah mengikut keutamaan.
16.Menjadi setiausaha
bagi setiap mesyuarat berkaitan dengan kokurikulum.
17.Tugas-tugas lain
yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment